Saturday, June 23, 2012

Asalamualaikum..


Cepat masa berlalu....blog nie pun lama  tak update...sekarang nie saya masih dalam mood sedih...Mungkin kadang kadang Allah ingin menduga kita dan masih sayang kan kita.....

Apapun...jangan sedih sangat...hari nie saya nak kongsi pengalaman saya selepas ayah kesayangan saya , kakinya perlu dibedah  akibat penyakit kencing manis......DIABETIS nie sangat la bahaya,dalam masa 3 hari ja dimerebak ketempat lain dengan cepat.... tapi abah sangat bernasib baik kerana masih peringkat awal....selepas masuk hospital pantai 3 hari dua malam dan kaki abah telah selamat dibedah..abah pun dibawa pulang...So , banyak la info dan cara bagi nak pulihkan luka yang teruk tu..
Alhamdullillah...Abah makan kacip emas,produk herbalife,ubat hospital,madu kelulut,air zam-zam,air gamat,ikan haruan dan pantang  menyebabkan penyembuhannya cepat....dalam masa sebulan ,isi dah mula tumbuh,hampir sama  dengan kulit bacaan gula pun bawah 10...Tetapi, apabila melihat abah,walau sakit  tapi masih menunaikan solat lima waktu di hospital mahupun di rumah menyebabkan saya  terharu dan terfikir akan kewajipan saya sebagai hambaNYA...
Abah perlu bertayamum bagi mengelakan luka terkena air....Kebetulan, hari hujan...busut2  semua basah...macam mana nak dapatkan debu untuk bertayamum....
puas saya mencari ....Alhamdullilah..jumpa debu tayamum yang dijual ...kepada sesiapa yang berada di sg petani....boleh beli di kedai bismillah (belakang masjid ar rahman,masjid tu berhadapan sek men khir johari).....tak mahal rm 10 ja....saya rasa .Semua rumah perlu ada debu tayamum...bila dah kecemasan cam nie...cari kat mana pun tak jumpa...emm...ada yang kata pergi beli kat kedai yang jual alat2 perkakasan jenazah ...Apapun..Allah sentiasa memudahkan kita jika kita sentiasa mengingatinya..



nie ha debunya...buatan tempatan "made from kelantan"...

Semoga Allah sentiasa melindung abah dan mengampunkan dosa2nya dan mempercepatkan penyembuhan lukanya..Amin...
Solat itu tiang agama.....sembahyang-lah kamu sebelum kamu disembahang-kan...


ini video dari innolux....aku suka cara ustaz nie ajar ...senang dan mudah faham...jom belajar cara bertayammum...


terima kasih kerana baca entri nie.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...